Latihan Kebakaran Semester 1 SMIH JB

0
242

Pada 9 April 2019 Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH JB) telah melaksanakan latihan kawad mengosongkan warga sekolah dari bangunan serta demonstrasi memadam kebakaran. Latihan ini dijalankan dengan kerjasama oleh Balai bomba dan penyelamat Tebrau. Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran.

Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara spontan.

Latihan kali ini lebih besar kerana bukan sahaja melibatkan pelajar sekolah dan guru-guru, malah ia turut melibatkan kakitangan bukan akademik (KBA), penjaga-penjaga nursery dan anak-anak bawah jagaan mereka.

Matlamat
Melatih murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan mengambil tindakan yang betul serta tidak panik, menggunakan arah laluan kecemasan seperti yang telah dilatih sekiranya berlaku kebakaran.

Objektif
1. Memberi kesedaran kepada murid-murid dan warga sekolah agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.
2. Melatih murid-murid dan warga sekolah agar dapat mengambil tindakan yang betul sekiranyaberlaku kebakaran.
3. Mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua warga sekolah agar dapat mengambil langkah-langkah awal bagi mencegah kebakaran daripada berlaku.