Kenaikan Yuran 2018

951


Pihak sekolah sangat menghargai kepercayaan dan sokongan ibu bapa terhadap sekolah. Kecemerlangan anak-anak dalam pelbagai aspek telah mengharumkan Hidayah di negeri Johor dan di peringkat nasional, kegemilangan Hidayah dan kejayaan anak-anak ini adalah hasil pengorbanan dan kerjasama anda.

Perbelanjaan sekolah masih bergantung sepenuhnya kepada yuran manakala sumbangan ibu bapa dan orang ramai sebahagian besarnya bagi tujuan pembangunan fizikal. Pihak sekolah sentiasa ingin memastikan sekolah ditadbir urus dengan baik, walau bagaimanapun Hidayah tidak terlepas dari berdepan dengan cabaran kewangan,  peningkatan kos operasi perlu ditampung melalui sedikit peningkatan yuran.

Sehubungan dengan itu kadar baru yuran tersebut bermula Januari 2018 adalah seperti di bawah:

YURAN SRIH

Jenis Yuran Kenaikan 2018 Warganegara Bukan Warganegara
2017 2018 2017 2018
Pengajian RM20.00 RM400.00 sebulan RM420.00 sebulan
(RM5040.00 setahun)
RM435.00 sebulan RM455.00 sebulan
(RM5460.00 setahun

YURAN SMIH

Jenis Yuran Kenaikan 2018 Warganegara Bukan Warganegara
2017 2018 2017 2018
Kurikulum
(Tingkatan 4)
RM10.00 RM1,128.00
setahun
RM1,138.00
setahun
RM1548.00
setahun
RM1,558.00
setahun

NOTA : Lain-lain yuran adalah sama seperti 2017.


Bagi ibu bapa yang masih mempunyai tunggakan yuran diharap dapat menjelaskannya sebelum pendaftaran sesi 2018. Pendaftaran sesi 2018 hanya diterima sekiranya tiada tunggakan yuran
.

Pihak sekolah memahami kesulitan yang dihadapi oleh ibu bapa dan keputusan yang sukar ini terpaksa dibuat demi  masa depan anak-anak serta kebajikan guru-guru dan kakitangan sekolah kita. Semoga pengorbanan ini sebagai  jihad kita dalam pendidikan anak-anak dan kita berdoa agar dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah sebagai saham kita untuk hari kemudian nanti.

MOHD JELANI BIN RAMLY
Ketua Eksekutif
Pusat Pendidikan Hidayah Bhd

KONGSI