Kem Tahfiz SMIH 2017

154

Pada hujung bulan November ini, akan diadakan Kem Tahfiz untuk pelajar Tahfiz Level 2[1] dan pelajar Tahfiz Level 3[2].


Bagi Kem Tahfiz Level 2

  1. Tarikh: 23-25 November 2017 (Khamis hingga Sabtu, 3 hari sahaja)
  2. Masa: 8:00 pagi-4:00 petang, setiap hari
  3. Sasaran peserta: Pelajar Tingkatan 1-3 (terhad 100 orang sahaja)
  4. Nota: TIDAK menginap. Pelajar akan pulang setiap hari.

Bagi Kem Tahfiz Level 3

  1. Tarikh: 24 November – 1 Disember 2017 (bermula Jumaat, 1 minggu)
  2. Masa Mula: 8:00 pagi, Jumaat, 24 November (daftar)
  3. Masa Tamat: 4:00 petang, Jumaat, 1 Disember (bersurai)
  4. Sasaran peserta: Semua Pelajar Level 3 Tingkatan 1-3.
  5. Nota: menginap. Pelajar perlu sediakan bekalan pakaian untuk seminggu.

Semoga program ini menjadi satu usaha yang berkesan dalam membentuk insan yang dekat dengan al-Qur’an dan mendalaminya.

[1] Sasaran Tahfiz Level 2 ialah untuk menghafal 1 juzu’ dalam satu tahun, bermaksud dalam 5 tahun pelajar tersebut sepatutnya menghafal 5 juzu’.

[2] Sasaran Tahfiz Level 3 ialah untuk menghafal 15 juzu’ dalam 5 tahun sekurang-kurangnya. Sekiranya mampu, hafal sehingga habis 30 juzu’.

KONGSI