Kem Tahfiz L3

332


Pihak sekolah telah menganjurkan Kem Tahfiz L3 khusus untuk pelajar-pelajar tahfiz Sekolah Menengah Islam Hidayah yang telah bermula pada 16 hingga 18 Mac 2018.

Tujuan Kem tahfiz ini dijalankan agar pelajar-pelajar tahfiz dapat mengisi masa cuti sekolah ini dengan menghafaz ayat-ayat al Quran serta murajaah kembali surah-surah yang telah dihafaz. Pihak sekolah juga mengharapkan dengan adanya kem tahfiz ini dapat melahirkan budaya cintakan al Quran dikalangan pelajar sekolah ini.

Disamping aktiviti menghafaz al Quran, fasilitator kem tahfiz telah menerapkan beberapa aktiviti yang membangunkan jiwa para peserta dengan adanya motivasi, tazkirah dan kuiz al Quran. Semoga pelajar tahfiz Sekolah Menengah Islam Hidayah terus istiqamah dalam menghafaz al Quran serta mengamalkan didalam kehidupan seharian.

KONGSI