Kem Tahfiz L2


Kem Tahfiz L2 telah berlangsung selama 2 hari, iaitu bermula dari 2 hingga 3 Mac 2018. Pihak sekolah telah mensasarkan pelajar-pelajar dari tahap-tahap bertujuan untuk membaiki prestasi hafazan mereka samada melalui kaedah murajaah ataupun hafazan baru.

Pihak sekolah juga telah mewajibkan kepada pelajar-pelajar tahap1 untuk menghadiri kem tersebut supaya pelajar-pelajar terbabit boleh mengambil inisiatif untuk memajukan diri dengan memperbaiki bacaan mereka. Ia selaras dengan tema kem iaitu ‘AL QURAN DI HATIKU’.

Untuk pengetahun semua, pihak sekolah akan menganjurkan kem tahfiz sebanyak 2 kali setahun, dan ini merupakan kem yang pertama dianjurkan untuk tahun ini. Seramai 120 pelajar telah mengambil bahagian sebagai peserta kem. Justeru, pihak sekolah mengharapkan objektif yang kami letakkan dalam kem kali ini mencapai sasaran.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda