Kem Ibadah SMIH

Alhamdulillah pada 30 Januari 2019 yang lepas Bidang Ilmu Wahyu telah menganjurkan Khemah Ibadah kepada murid Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Program ini dimulakan dengan sesi perasmian oleh Pengetua, Puan Hajah Fauziah Ab Salam dan diteruskan dengan Bengkel secara intensif bermula jam 10.15 pagi sehingga 4.30 ptg

Bagi murid Tingkatan 1-3, pendedahan yang diberikan adalah berkaitan solat secara berasingan mengikut tingkatan. Apa yang menariknya pendedahan yang diberikan bukan setakat ilmu teori, tetapi termasuklah praktikal berkaitan fiqh semasa seperti solat ketika sakit yang betul dengan menggunakan kerusi, berwudhu menggunakan air botol dan spray, bertayammum dengan debu tanah dan isu dalam solat jemaah.

Manakala bagi murid Tingkatan 4-5, bengkel lebih dikhususkan berkaitan ilmu pengurusan jenazah. Murid diajarkan secara praktikal cara memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikan jenazah serta adab-adab yang perlu dijaga sepanjang pengurusan tersebut. Van jenazah dan keranda dibawakan khas semasa sesi praktikal supaya pelajar berpeluang merasai dan menggambarkan situasi sebenar semasa pengurusan jenazah.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan sekolah, semua AJK Khemah Ibadah, guru-guru Mentor, alumni yang turut membantu dalam pengurusan program

Semoga program ini menjadi manfaat pembaikan kualiti ibadah untuk semua murid dan guru yang terlibat..

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda