Kejohanan Sukan Nasional 2019 (KESUNAS’19)

0
548
juara sri hidayah jb kesunas19

Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru telah menyertai KESUNAS’19 yang berlangsung di Politeknik Behrang dan UPSI pada 28 hb April sehingga 30 hb April 2019.

Penyertaan peserta seramai 38 murid lelaki dan 38 murid perempuan dengan diiringi seramai 9 orang guru terdiri daripada 4 orang guru lelaki dan 5 orang guru perempuan. Selain daripada itu, seramai 3 orang guru terlibat sebagai urusetia diperingkat pusat.

Pihak sekolah telah menyertai kesemua acara yang dipertandingkan. Alhamdulillah, pihak sekolah telah memperoleh pingat emas terbanyak dan jumlah pingat terbanyak iaitu 6 pingat emas, 2 pingat perak dan 2 pingat gangsa.

Berikut merupakan pencapaian secara keseluruhan peserta:

Pingat Emas

  1. Ping Pong Perseorangan Lelaki
  2. Ping Pong Bergu Lelaki
  3. 100M Lelaki
  4. 200M Lelaki
  5. 4X100M Lelaki
  6. Memanah Moden Perempuan

Pingat Perak

  1. Lompat Jauh Lelaki
  2. Memanah Moden Perempuan

Pingat Gangsa

  1. Renang Berpasukan Perempuan
  2. Memanah Moden Lelaki

الحمدلله
ثم الحمدلله
ثم الحمدلله

Jazakumullahu Khairan Kathira kepada GB dan barisan pentadbiran sekolah yang memberi sokongan padu kepada team KESUNAS SRIHJB.

Ucapan Jazakumullahu Khairan Kathira jua kepada semua yang terlibat dalam melaksanakan, memerah keringat, memberi buah fikiran dan memanjatkan doa kepada kami yang mewakili sekolah dalam program KESUNAS19.

Semangat juang yang ditunjukkan oleh semua pihak dan kebersamaan melaksanakan misi KESUNAS19 dengan bertemakan dengan sukan kita berdakwah al-Hamdulillah kita dikurniakan oleh Allah dengan mendapat:

6 emas, 2 perak, 2 gangsa

Semoga semangat juang dan kebersamaan ini dapat dijelmakan bagi memartabatkan SRIHJB dalam medan pendidikan dan dakwah.

Halimi Ali Yahad

Ketua Kontinjen

Team SRIHJB KESUNAS 2019