Terkini !! SUAMI USTAZAH MARINA KEMALANGAN ..

Warga Sekolah Rendah Islam Hidayah pada pagi ini telah dikejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa suami kepada seorang guru SRIH. En Anuar, suami kepada Ustazah Marina Muhammad telah mendapat kemalangan yang agak teruk dalam perjalanan ke tempat kerjanya lebih kurang jam 7.00 pagi tadi.

 

Beliau yang menunggang motorsikal berseorangan telah melanggar seekor anjing liar yang melintas dengan tiba – tiba. Beliau telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah. Dilaporkan bahawa pihak hospital telah mengesahkan beliau mengalami sedikit pendarahan dalam kepala dan rahang pipinya juga dilaporkan retak. Beliau akan menjalani “ct scan” pada pagi ini juga.

Pihak sekolah mengucapkan TAKZIAH kepada Ustazah Marina sekeluarga di atas kejadian yang menimpa suami beliau. Warga sekolah termasuk guru dan murid – murid tahap 2 telah mengadakan solat hajat untuk mendoakan keselamatan En Anuar dan kesejahteraan Ustazah Marina sekeluarga. Sama – samalah kita semua mendoakan kesejahteraan beliau.

Pihak sekolah mengalu – alukan sebarang ucapan, kata – kata semangat dan sebagainya kepada Ustazah Marina melalui portal ini atau melalui pibg-net. Sumbangan dalam bentuk wang ringgit juga dialu – alukan dan hendaklah dimaklumkan kepada Guru Besar, penolong – penolong kanan atau melalui email kepada [email protected]

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda