JomPAY: Tambahan Kaedah Pembayaran Yuran

1085


Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan anda terhadap sistem pendidikan di Pusat Pendidikan Hidayah Bhd (PPH) selama ini.

Penambahbaikan kaedah bayaran yuran telah dibuat daripada yang sedia ada. Bermula Mei 2018 semua ibu bapa dan penjaga adalah digalakkan menggunakan sistem JomPAY dalam talian/online banking dari mana-mana bank ketika hendak membuat bayaran yuran pelajar.

Berikut adalah maklumat yang diperlukan untuk menggunakan sistem JomPAY ini:

Biller Code: 10322 (Pusat Pendidikan Hidayah Bhd)
Ref 1: Nombor Matrik Pelajar (Contoh: 17/PR/5000)
Ref 2: Maklumat Yuran (Contoh: Mei 2018)

NOTA: Satu transaksi bayaran adalah untuk seorang pelajar sahaja (mengikut nombor matrik). Tiada sebarang caj dikenakana untuk setiap transaksi yang dibuat.

Semua maklumat pelajar boleh disemak di www.hidayah.edu.my : PAUTAN -> EWARIS

Penggunaan sistem JomPAY ini masih di peringkat awal. Oleh itu, ibu bapa dan penjaga masih perlu memaklumkan bayaran yuran yang telah dibuat melalui kaedah biasa samada melalui emel, faks atau hantar ke pejabat am. Sebarang perubahan terhadap sistem pemakluman ini akan dimaklumkan kemudian.

Sebarang pertanyaan boleh dihantar ke emel: kewangan.pph@hidayah.edu.my

Nota:
1. Penggunaan JomPAY ini adalah hanya untuk pembayaran yuran SAHAJA.
2. Sumbangan perlu terus dibayar ke akaun DANA HIDAYAH.
3. Sesiapa yg membuat bayaran yuran menggunakan JomPAY sudah tidak perlu hantar maklumat bayaran ke sekolah seperti biasa, cuma pastikan anda memasukkan nombor matrik pelajar.

Kepada semua ibubapa/penjaga, adalah amat digalakkan menggunakan aplikasi JomPAY (rujuk surat : PPH(KEW)/18/26, 14/5/2018) apabila membuat bayaran yuran sekolah kerana ianya lebih mudah, tiada dikenakan sebarang caj tambahan dan terkini mulai Julai 2018 tidak perlu menghantar maklumat bayaran ke sekolah seperti biasa.

Jika bayar mengunakan aplikasi JomPAY, keesokkan harinya (waktu pejabat bank) pihak bank akan memaklumkan ke sekolah, melalui emel, tentang bayaran tersebut. Pihak sekolah akan memproses dan emel resit bayaran dalam masa 10hari bekerja.

Semoga kemudahan ini akan lebih memudahkan semua pihak yang terlibat. Sekian harap maklum. Terima kasih. Drpd Bhg Kew PPH

KONGSI