Interschool Spelling Bee Competition 2017 (ISC ’17)

322

Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Islam Hidayah telah menganjurkan Interschool Spelling Bee Competition 2017 (ISC’17) pada 14 Oktober 2017. Program telah bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Program ini adalah acara mengeja perkataan dalam Bahasa Inggeris untuk peringkat sekolah rendah. Seramai 17 sekolah sekitar Daerah Johor Bahru, telah menyertai pertandingan ini. Program ini juga telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru (PPDJB).

Minat murid dalam menghafal dan membaca perkataan dan cerita dalam Bahasa Inggeris amak rendah. Justeru, program ini menjadi pemangkin kepada menanam minat murid terhadap Bahasa Inggeris di sekolah. Antara objektif pertandingan ini ialah meningkatkan kebolehan mengeja didalam Bahasa Inggeris. Seterusnya, mengembangkan kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya dari segi komunikasi (verbal expression). Selain itu, menggalakkan minat membaca di kalangan murid kerana murid perlu membaca pelbagai bentuk bahan bacaan Bahasa Inggeris dalam persediaan menghadapi pertandingan.

Majlis penutup ISC’17, telah disempurnakan oleh Prof Dr Mohd Aizaini bin Maarof, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengelola Hidayah. Majlis juga turut dihadiri oleh Tn Hj Hatta bin Hushin, Ketua Eksekutif Kewangan PPH, Pn Hjh Rohaida Ridzwan, Guru Besar SRIH JB, Pn Hj Norhasidah binti Kusnin, Guru Besar SRIH BP, En Mohamad Fadzil bin Edris, Pengarah ISC’17 serta jawatankuasa Pengurusan Sekolah.

Senarai pemenang seperti berikut:-
Champion – Ong Jun (SJK(C)Ming Terk)
1st Runner up – Tan Sam Hann (SJK(C) Foon Yew 2)
2nd Runner  up – Ajjay Naidu A/L Naidu (SK Taman Perling)
4th Place – Kelvin Nathans A/L Loganathan (SJK(T)Taman Tu n Aminah)
5th Place – Asma Amanina (Sekolah Rendah Islam Hidayah JB)

Johan telah memenangi Wang Tunai RM 300, Trofi dan Sijil. Naib Johan telah membawa pulang RM 200, trofi dan sijil. Tempat Ketiga mendapat RM 100, trofi dan sijil. Untuk Tempat Ketiga dan Keempat, masing- masing mendapat trofi dan sijil.

Pihak majlis sangat berterima kasih kepada semua Warga Hidayah termasuklah guru-guru dan kakitangan sokongan (KBA) yang menyokong program ini dan turut menjayakannya. Semoga program ini dapat diteruskan di masa hadapan.

KONGSI