Anda berada di: Laman Utama

Senarai Buku SRIH 2012

E-mail Cetak PDF

 

Senarai buku Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) kini sudah dikeluarkan. Sebagaimana anda sedia maklum, penjualan buku di SRIH dikendalikan sepenuhnya oleh SIH Niaga. 

Masa jualan buku telah ditetapkan pada 28, 29 dan 30 Dec 2011.  Anda boleh juga membuat tempahan lebih awal. Emailkan senarai pilihan anda kepada pihak SIH Niaga.  Berikut adalah senarai buku mengikut tahun pengajian di SRIH.

Surat SIH Niaga juga ada disertakan.

Senarai Buku Tahun 1 Senarai Buku Tahun 3 Senarai Buku Tahun 5

Senarai Buku Tahun 2  Senarai Buku Tahun 4 Senarai buku Tahun 6

 

 

SIH NIAGA SDN BHD

 

SEKOLAH ISLAM HIDAYAH

KM26 KG SINARAN BARU

SKUDAI

_____________________________________________________________________________________

 

IBUBAPA/PENJAGA

SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH

Tuan/Puan,

PEMBELIAN BUKU SESI PEMBELAJARAN 2012

Semoga tuan/puan berada dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah S.W.T

2.    Merujuk perkara diatas, dimaklumkan bahawa tarikh pembelian buku sekolah untuk sesi 2012 adalah seperti berikut:

Tarikh

28, 29 dan 30 Disember 2011

Masa

9.00 Pagi – 3.30 Petang

Tempat

Dewan Badar, SRIH

3.   Pembelian boleh dibuat melalui tempahan bermula 6 Disember hingga 22 Disember dengan mengemailkan senarai pembelian buku dan peralatan persekolahan  kepada Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya .  Senarai buku yang ditempah melalui email boleh diambil pada pembelian buku pada tarikh yang tertera diatas.

4.   Tuan/puan digalakkan untuk membuat pembayaran dengan menggunakan cek atas nama “ SIH NIAGA SDN BHD ( 01041010050204- Bank Islam ) “ dan pembayaran melalui tunai juga diterima.

5.   Walau bagaimanapun jika ada apa – apa masalah mengenai buku, sila hubungi Ustz Siti Rahayu Md Yusof ( 019-7697809) atau talian pejabat SIH NIAGA ( 019-7740426 ) pada waktu pejabat.

6.  Kami mengharapkan agar tuan/puan dapat menghadirkan diri pada tarikh dan tempat yang telah ditetapkan kerana semua penjualan tidak dibuka selepas tarikh tersebut .

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih dan jazakumullah di atas segala kerjasama dan sokongan padu daripada tuan/puan.

Sekian, Terima Kasih

Yang benar

Siti Rahayu Binti Md Yusof

Pengurus Kedai SRIH

SIH NIAGA SDN.BHD

Sek. Islam Hidayah

s.k:         1- Guru Besar

2- Pengerusi  Lembaga SIH NIAGA SDN BHD