Ihtifal Tahfiz Peringkat Negeri Johor Kali Pertama 2018

ihtifal ilmi srih jb johan negeri

IHTIFAL TAHFIZ PERINGKAT NEGERI JOHOR KALI PERTAMA 2018

Hari : SELASA & RABU
Tarikh : 4 & 5 Okt 2018
Tempat : Madrasah Tahfiz Al Khairiah, Mersing (MATAM)
Anjuran: Pejabat Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Peserta : Sekolah Tahfiz Seluruh Johor (Sekolah Tahfiz , Sekolah Menengah & Rendah Islam)

ihtifal ilmi srih jb johan negeri
Lima murid Sekolah Rendah Islam Hidayah telah mewakili daerah Johor Bahru dalam Majlis Ihtifal Tahfiz peringkat negeri yang dirasmikan oleh Tuan Hj Mohd Rafiqi bin Dato’ Hj A. Shamsudin selaku Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor yang diwakili oleh Ustaz Hj Mohd Safri bin Hussien selaku Penolong Pengarah Kanan Unit Pembangunan dan Kemanusiaan BPI.

Majlis juga dihadiri oleh As Shekh Hj Md Zaini Salleh Kadi Daerah Mersing dan Ustaz Zainudin Othman Wakil Rasmi PPD Mersing.

Lima murid Srih Jb terpilih mewakili daerah setelah menjadi johan dalam pertandingan peringkat daerah lalu.

Ustazah Siti Nor Aida Mohd Ayob dan Ustazah Noor Zuriati Aziz bertugas sebagai guru pengiring.

Acara yang turut disertai oleh murid-murid SRIH JB ialah:

1.Tilawah (L) & (P)
Dhiya Umari bin Abdullah Zuhrim
Nurin Insyirah binti Ibrahim

dhiya umari johan tilawah

nurin insyirah johan tilawah srih jb
2. Syarahan BI,BA
Nur Ismahani binti Ismail
Siti Aisyah binti Suhaimi

3. Khat
Aisyah Aliya binti M.Sah

Alhamdulillah, peserta SRIH JB telah yg mewakili daerah JB telah mendapat pencapaian yang membanggakan seperti berikut:

SRIH

1. Anugerah Tilawah Terbaik Sekolah Rendah

2. JOHAN Tilawah (P) sekolah rendah
NURIN INSYIRAH BINTI IBRAHIM

3. JOHAN Tilawah (L) sekolah rendah
DHIYA’ UMARI BIN ABDULLAH ZUHRIM

Semoga penglibatan murid-murid SRIH JB ini dapat mengeratkan ukhuwah dengan sekolah-sekolah Tahfiz & Swasta Agama di Negeri Johor.

Ini juga merupakan salah satu cara untuk melonjakkan potensi diri murid-murid untuk tampil dalam masyarakat dengan lebih berkeyakinan.

Disediakan oleh:

Siti Nor Aida Mohd Ayob
Guru Pengiring Srih Jb
Ihtifal Tahfiz Negeri Johor.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda