Ihtifal Ilmi Tahfiz Peringkat Daerah Johor Bahru 2018

108

🗓IHTIFAL ILMI TAHFIZ PERINGKAT DAERAH
JOHOR BAHRU 2018🗓
Anjuran Pejabat Pendidikan Islam Daerah JB (PPID JB) dengan kerjasama Persatuan Institusi Tahfiz Swasta Johor (PITAS)

Hari : Rabu
Tarikh : 24 Oktober 2018
Tempat : Madrasah Tahfiz Kg Sinaran Baru
Peserta : Daripada 72 buah sekolah (Sekolah Tahfiz & sekolah Menengah & Rendah Islam daerah JB)

Sekolah Rendah Islam Hidayah telah turut serta dalam Majlis Ihtifal Ilmi Tahfiz yang dirasmikan oleh Tn Hj Salim bin Hj Daud selaku Pegawai Khas YAB Menteri Besar Johor.

SRIH JB telah menghantar 10 orang peserta dengan diiringi oleh 3 orang guru iaitu Ustaz Muhamad Razif B. Ramli, Ustaz Mohd Saleh B. Mohamed dan Ustazah Siti Nor Aida binti Mohd Ayob.

SRIH JB juga menghantar 10 orang murid sebagai sukarelawan dalam unit Kebersihan & Keselamatan untuk program ini bersama Ustazah Rafidah binti Salleh dan Ustazah Nurfariza Abd Razak.

Acara yang turut disertai oleh murid-murid SRIH JB ialah:

1.Tilawah (L)&(P)
-Dhiya Umari bin Abdullah Zuhrim
-Nurin Insyirah binti Ibrahim

2. Syarahan BM,BI,BA

-Muhammad Aqil Fahmi bin Mohammad Ali
-Nurul Adelina binti Ahmad Sallehuddin
-Muhammad Luqman bin Syahrullail
-Nur Ismahani binti Ismail
-Muhammad Anas bin Abd Kadir
-Siti Aisyah binti Suhaimi

3. Khat

– Nu’man bin Muhannad
– Aisyah Aliya binti M.Sah

Alhamdulillah, peserta SRIH JB telah mendapat pencapaian yang membanggakan seperti berikut👇🏼

SRIH🌟

1. JOHAN Tilawah (P)
NURIN INSYIRAH BINTI IBRAHIM

2. JOHAN Syarahan Bahasa Arab(P)
SITI AISYAH BINTI SUHAIMI

3. JOHAN Syarahan Bahasa Inggeris(P)
NUR ISMAHANI BINTI ISMAIL

4. JOHAN Syarahan BAHASA Melayu(L)
MUHAMMAD AQIL FAHMI BIN MOHAMMED ALI

5. JOHAN Tilawah (L)
DHIYA UMARI BIN ABDULLAH ZUHRIM

Semoga penglibatan murid-murid SRIH JB ini dapat mengeratkan ukhuwah dengan sekolah-sekolah Tahfiz & Swasta Agama di daerah JB serta dalam masyarakat sekitar.

Ini juga merupakan salah satu cara untuk melonjakkan potensi diri murid-murid untuk tampil dalam masyarakat dengan lebih berkeyakinan.

Disediakan oleh:

Siti Nor Aida Mohd Ayob
Guru Pengiring Srih Jb
Ihtifal Ilmi Daerah Jb

KONGSI