HIDAYAH ARCHERS CEMERLANG

Hidayah Archers cemerlang dalam arena Sukan Memanah…

Pada 29 April hingga 2 Mei yang lepas, Hidayah Archers telah menyertai Kejohanan Memanah Remaja Tertutup Negeri Johor 2010 yang diadakan di Teluk Danga. Dalam Kejohanan tersebut Hidayah Archers telah berjaya mencapai beberapa kejayaan biarpun ini merupakan penyertaan Hidayah Archers kali pertama. Berikut merupakan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Hidayah Archers:-

1) Johan Individu Double FITA 50 Meter Perempuan 15 Tahun – Maisarah binti Kursus @ Othman

2) Tempat Ke-3 Pusingan Olimpik 50 Meter Perempuan 15 Tahun – Maisarah binti Kursus @ Othman

3) Tempat Ke-3 Berpasukan Pusingan Olimpik 30 Meter Lelaki 12 Tahun – Abdullah Marwan bin Mohd Khair, Muhammad Imran bin Ahmad Hisham, Muhammad Arieff Haikal bin Ezaidin dan Amir Muhsin bin Salleh.

4) Tempat Ke-4 Individu Pusingan Olimpik 30 Meter Lelaki 12 Tahun – Abdullah Marwan bin Mohd Khair

5) Tempat Ke-4 Individu Double FITA 30 Meter Lelaki 12 Tahun – Muhammad Imran bin Ahmad Hisham

6) Naib Johan Berpasukan Pusingan Olimpik 30 Meter Perempuan 12 Tahun – Nurin Shaqifah binti Bahrin

Sebelum kejohanan di Teluk Danga, pada tanggal 23 – 25 April 2010 yang lepas, beberapa Archers telah terpilih untuk mewakili daerah Johor Bahru ke Kejohanan Memanah MSSJ yang diadakan di Tangkak. Dalam kejohanan tersebut juga, Hidayah Archers telah membantu pasukan Johor Bahru muncul Johan Keseluruhan. Berikut merupakan antara kejayaan yang diperolehi oleh Hidayah Archers di MSSJ Tangkak:-

1) Johan Berpasukan Pusingan Olimpik 60 Meter Perempuan 15 Tahun – Maisarah binti Kursus @ Othman

2) Naib Johan Berpasukan Pusingan Olimpik 70 Meter Lelaki 15 Tahun – Ungku Muhammad Asyraaf bin Ungku Mohsin

3) Naib Johan Individu Double FITA 30 Meter Lelaki 12 Tahun – Abdullah Marwan bin Mohd Khair

4) Naib Johan Individu Pusingan Olimpik 30 Meter Lelaki 12 Tahun – Abdullah Marwan bin Mohd Khair

5) Tempat Ke-3 Berpasukan Pusingan Olimpik 30 Meter Lelaki 12 Tahun – Abdullah Marwan bin Mohd Khair, Muhammad Imran bin Ahmad Hisham, Muhammad Arieff Haikal bin Ezaidin

6) Tempat Ke-5 Individu Double FITA 60 Meter Perempuan 15 Tahun – Maisarah binti Kursus @ Othman

Sehubungan dengan itu, segala sokongan dan dorongan yang diberikan oleh SMIH dan SRIH dalam Sukan Memanah ini akan berterusan dalam usaha untuk mengukuhkan Sunnah Rasullullah SAW ini ke persada yang lebih tiinggi lagi. Insyaallah.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda