HIDAYAH ARCHERS CEMERLANG DI MSSM

alt

Pada 23-29 Mac 2013, 3 orang pelajar Sekolah Rendah Islam Hidayah telah terpilih mewakili negeri Johor ke Kejohanan Memanah MSSM peringkat kebangsaan di Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.

Mereka adalah Nurin Hanisah binti Shahrin, Nursofie Batrisyia binti Sanip dan Muhammad bin Rosbi. Mereka terpilih mewakili negeri Johor setelah cemerlang dalam kategori masing-masing pada saingan MSSJ peringkat negeri Johor. Setelah menjalani latihan pusat selama 10 hari di SMK Bandar Tenggara 2, ketiga-tiga wakil SRIH ini telah berjuang dalam kategori masing-masing di peringkat MSSM. Pada kejohanan tersebut, Nursofie Batrisyia telah menduduki tempat ke-12, Nurin Hanisah menduduki tempat ke-14, manakala Muhammad menduduki tempat ke 33 daripada 58 orang peserta yang bertanding daripada seluruh negara.

alt

Namun begitu, Nursofie Batrisyia dan Nurin Hanisah merupakan tulang belakang kepada pasukan memanah Johor bagi kategori P12 tahun apabila telah berjaya membantu pasukan Johor menduduki tempat ke-4 keseluruhan bagi acara berpasukan. Tahniah diucapkan kepada semua Archers. Semoga seterusnya terus cemerlang pada pertandingan-pertandingan akan datang.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutamanya kepada Guru Besar SRIH, Ustazah Rohaida Ridzwan, Pengetua SMIH, Ustazah Fauziah Ab Salam yang memberi kebenaran pelepasan kepada Ustaz Ezaidin Norman sebagai jurulatih, juga kepada semua guru termasuk ibu bapa pelajar-pelajar yang berkenaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda