HBP: Pengenalan

hidayah bp 01

Pemandangan kampus Sekolah Rendah Islam Hidayah Batu Pahat, Jalan Parit Bingan Laut, Parit Raja, 86400 Batu Pahat, Johor

td>Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) telah ditubuhkan pada 1989. Setelah 26 tahun beroperasi banyak pengalaman telah dilalui. Seusia itu juga kecemerlangan demi kecemerlangan dicapai oleh SRIH. Penubuhan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) pada tahun 1995 merupakan bukti kesungguhan kami menawarkan Pendidikan Islam bersepadu di bumi Johor khasnya dan Malaysia amnya.Kini SRIH dan SMIH ditadbir di bawah Pusat Pendidikan Hidayah Berhad (PPH). Berdaftar di bawah syariikat yang tidak berorentasikan keuntungan, setiap pendapatan sekolah akan dilaburkan semula kepada pembaikan dan pengembangan pendidikan Hidayah.Anda boleh menyaksikan perkembangan beserta kejayaan SRIH dan SMIH di Galeri Hidayah 1Galeri Hidayah 2 dan Galeri Hidayah 3.Kini tiba masanya kami berkongsi kecemerlangan ini bersama masyarakat di Batu Pahat. PPH telah bersetuju untuk memulakan operasi Sekolah Rendah Islam Hidayah di Batu Pahat bermula pada sesi persekolahan tahun 2016.Setiap perancangan dan penelitian kini sedang rancak berjalan di atas tapak tetap kampus 10 ekar di kawasan Parit Raja, Batu Pahat.PPH menjemput anda sekelian untuk menyertai misi murni ini.

Marilah bersama-sama menjadikan Pendidikan Islam bersepadu yang telah dibuktikan kejayaannya di Johor Bahru akan juga dapat dikecapi oleh masyarakat Batu Pahat.Jika anda mempunyai anak Tahun 1 pada sesi 2016, daftarkan anak anda ke SRIH BPAnda juga boleh bersama-sama menjayakan pembinaan SRIH BP dengan menghulurkan sumbangan kewangan melalui akaun Maybank Islamic:DANA PENDIDIKAN HIDAYAH5516 2320 1269
Jika anda memerlukan sebarang maklumat lanjut sila hubungiABDUL MAJEED BIN ZULKIPLISetiausaha EksekutifSekolah Rendah Islam Hidayah BPTel: 011-2901 5021Email:   [email protected]Website: www.hidayah.edu.myFacebook: Sekolah Islam Hidayah

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda