Hari Jalinan Mesra Tingkatan 3 & 5 Sesi 2016

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan satu sesi ramah mesra antara ibu bapa dengan guru-guru tingkatan 3 & 5. Butir-butir lanjut berhubung majlis tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh : 07 April 2016 (Khamis)
Masa : 2.00 – 4.00 petang
Tempat : Dewan Khandaq
Tujuan : Perbincangan mengenai prestasi pelajar

Pihak sekolah sangat berharap agar tuan/puan dapat meluangkan masa untuk menjayakan majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan dapat meningkatkan lagi kerjasama di antara kedua-dua belah pihak demi keberkesanan pendidikan anak-anak kita.

Sukacita dimaklumkan juga, bahawa pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 akan pulang pada jam 2.00 petang pada hari tersebut.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda