Hari Jalinan Mesra Tingkatan 1 hingga 5 2017


Pihak Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) Johor Bahru akan mengadakan satu sesi ramah mesra antara ibu bapa dengan guru-guru tingkatan 1 hingga 5.

Butir-butir lanjut berhubung majlis tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh: 6 Julai 2017 (Khamis)
Masa: 1.30 hingga 4.30 petang
Tempat: Dewan Khandak dan Kelas-kelas
Tujuan: Perbincangan perkembangan pelajar

Pihak sekolah sangat berharap agar para ibu bapa dan penjaga dapat meluangkan masa untuk menjayakan majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran anda akan dapat meningkatkan lagi kerjasama di antara kedua-dua belah pihak demi keberkesanan pendidikan anak-anak.

Dimaklumkan juga bahawa pelajar dibenarkan pulang bersama ibu bapa atau menaiki bas pada jam 2.30 petang.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda