H1N1: Pesanan Pengetua SMIH

Berikut adalah pesanan Puan Pengetua SMIH yang telah mendengar taklimat dari Jabatan Kesihatan Johor Bahru berkenaan wabak H1N1

Assalamualaikum,
 
Saya telah menghadiri satu taklimat khas mengenai wabak H1N1 pada hari Selasa 11 Ogos. Taklimat dari Jabatan Kesihatan JB ini telah di anjurkan oleh Jabatan Pelajaran Johor.
 
Beberapa perkara berikut perlu di beri perhatian oleh ibu bapa:

1.     Virus A-H1N1 ini adalah virus baru, dan maklumat mengenainya sentiasa dikemaskini. Jadi lebih baik kita mengambil langkah berhati-hati

2.     24 jam sebelum menunjukkan apa-apa gejala seseorang itu telah menjadi ‘infectious’.

3.    Demam ini boleh berulang.

4.    Jika anak-anak masih batuk  kuat dan sebagainya, tolong jangan benarkan ke sekolah.

5.    Sekiranya batuk sikit2, selepas 10 hari , bolehlah ke sekolah dengan memakai tutup mulut & hidung. (Malaysia  menetapkan 7 hari kuarantin, tetapi   Singapore 2 minggu).

6.     Bagi anak-anak yang tergolong dalam kategori ‘high risk’  atau selalu sakit (sickly), hendaklah sentiasa memakai mask.

7.     Keadaan ini akan berterusan sehingga 80% populasi mendapat jangkitan ini dan mendapat immuniti. Di jamgkakan, kita perlu meneruskan langkah berjaga-jaga sehingga sekitar bulan April 2010.
 
Di SMIH , kami menjalankan screening suhu badan dan membekalkan  ‘mask’ kepada setiap pelajar, setiap pagi. Anak-anak yang di dapati demam/ batuk dan lain-lain, diminta pulang.

 Alhamdulllah, setakat ini keadaan terkawal, dan pembelajaran boleh berjalan seperti biasa. Hari ini , tiada pelajar di dapati demam.
 
Screening ini kita akan lakukan selama mana ianya di perlukan. walau bagaimanapun, selepas keadaan agak pulih seperti biasa (insyaAllah dalam 1/2 minggu lagi), kami akan hanya membekalkan ‘mask’ kepada anak-anak yang ada gejala dan ‘high risk’.

 Kami tidak dapat berterusan membekalkan ‘mask’ kepada semua pelajar kerana kos yang tinggi. Dari itu, bagi pelajar-pelajar yang sihat  ini, sukalah saya mengesyorkan agar para ibu bapa sendiri membekalkan ‘mask’ kepada mereka , sebagai langkah berjaga2.
 
Samalah kita berdoa gar Allah melindungi kita daripada segala mara bahaya dan wabak.

Sekian, wassalam
 
Pengetua SMIH

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda