Fun With Mathematics


Pada 4 Mei 2018 telah berlangsung program ‘Fun with Mathematics’ anjuran beberapa mahasiswa Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai di Auditorium Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor Bahru. Seramai 20 orang murid Tahun 4 terlibat bersama 3 orang guru pembimbing.

Aktiviti bermula dengan sesi ‘Ice Breaking’ dan pembahagian kumpulan. Kemudian, diteruskan dengan aktiviti berkumpulan seperti kuiz ‘Siapa Bijak?’ , ‘Apa Awak Lihat?’ dan ‘Zam-zam’. Program berakhir dengan sesi penyampaian hadiah dan sesi bergambar.

Semua murid berasa seronok dan gembira dalam semua aktiviti yang melibatkan beberapa operasi Matematik yang pernah dipelajari, sesuai dengan nama program Fun With Mathematics.

Insya-Allah semoga program ini dapat menambah lagi kefahaman murid dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Terima kasih, kakak-kakak dan abang UTM, Skudai!

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda