Free Market SMIH 2018

277


Alhamdulilah selesai sudah program tahunan Free Market SMIH yang telah dapat diadakan pada 6 Jun 2018/ 21 Ramadhan 1439H. Sumbangan telah disampaikan kepada asnaf seramai lebih 100 orang penduduk yang tinggal di kampung sekitar Sekolah Islam Hidayah.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang dan pihak yang telah menjayakan program ini. Antara penyumbang pada Free Market ini ialah Syarikat Econsave, IM Koop, ibubapa, guru-guru dan pelajar serta penduduk kampung di sekitar Sekolah Islam Hidayah.

Mudah-mudahan semua mendapat keberkatan di bulan Ramadhan Al mubarak ini.

KONGSI