Etika Pakaian Berkabung

194


Makluman kepada semua ibu bapa penjaga.

ETIKA PAKAIAN BERKABUNG
RABU 6 JUN 2018

Sempena pemakaman bonda Sultan Johor, Enche’ Besar Hajah Khalsom bin Abdullah, maka Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor menetapkan agar semua rakyat negeri Johor berkabung dengan mematuhi etika pemakaian perkabungan:

Murid lelaki islam
Kain putih berlilit selilit sahaja, selebar 2 inci pada songkok hitam.

Murid lelaki bukan Islam
Memakai selilit kain hitam di lengan kiri selebar 3 inci

Murid perempuan Islam
Tudung putih

Murid perempuan bukan Islam
Memakai selilit kain hitam di lengan kiri selebar 3 inci.

Pada 6.6.2018 (RABU) semua murid dan guru harus mematuhi arahan etika pemakaian semasa berkabung sebagaimana diterangkan di atas.

KONGSI