Energy Efficiency Challenge 2018


TULAR EEC 2018 046 SM ISLAM HIDAYAH – Energy Efficiency Challenge 2018 Anda rasa video ini menarik? Undi video pilihan anda dengan menekan butang Like dan Share untuk memenangi kategori Video Paling Tular. Undi segera sebelum pertandingan berakhir pada 31 Oktober 2018. #EEChallenge #JadilahBijakTenaga Link video: https://youtu.be/_7KEZOMQNfQ

Energy Efficiency Challenge adalah pertandingan cekap tenaga yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga bermula pada 2014 untuk sekolah-sekolah menengah di Malaysia.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk:
(i) Membudayakan kehidupan cekap tenaga di kalangan generasi muda bagi memastikan tenaga elektrik dapat digunakan dengan sebaiknya.
(ii) Mendidik dan memupuk budaya menjimatkan tenaga elektrik di kalangan para pelajar dan warga sekolah.
(iii) Memberi kesedaran kepada para pelajar dan warga sekolah mengenai kesan penjimatan tenaga elektrik kepada alam sekitar. Bagi tahun 2018, pertandingan ini berlangsung selama 6 bulan iaitu dari April – September 2018 dan antara kategori yang dipertandingkan adalah Kategori Penjimatan Elektrik dan Kategori Video.

Nota: Pihak Suruhanjaya Tenaga tidak akan bertanggungjawab di atas video yang dihasilkan oleh pihak sekolah.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda