Duta Kecil SRIH JB di SK Taman Impian Emas

duta srih ke sk impian emas1

Alhmdulillah.. Khamis 25/10/18 seramai 14 orang murid tahun 6 Sekolah Rendah Islam Hidayah Jb telah dijemput untuk menjadi fasilitator oleh Sekolah Kebangsaan Impian Emas dalam program Mentor-Mentee tahun 6 sekolah tersebut.

duta srih ke sk impian emas1

duta srih ke sk impian emas2

Ini adalah kali yang kedua Srih Jb dijemput dalam program ini yang mana fasilitator diminta memberi perkongsian berkenaan solat, budi bahasa, amanah, kekeluargaan dan ihsan.

Seramai 135 murid tahun 6 SK Impian Emas yang terdiri daripada 120 murid muslim dan 15 murid lain-lain agama (12 kumpulan muslim & 2 kumpulan murid moral) telah mendapat perkongsian pengalaman & ilmu daripada murid-murid Srih Jb.

duta srih ke sk impian emas5

Semoga mereka yang menjadi fasilitator ini mendapat pengalaman yang sangat berharga dan juga semoga rakan-rakan sebaya mereka di SK Impian Emas juga mendapat manfaat besar daripada apa yang dilalui.

duta srih ke impian emas4

Guru pengiring program ini adalah Ustaz Mohd Nor bin Omar.

Terima kasih kepada GB & warga SK Impian Emas atas peluang yang diberikan.

Semoga ukhuwwah yang terjalin akan berkekalan.

Srih Jb
25/10/18

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda