SMIH: Program Cinta Allah Cinta Alam

Cinta Allah Cinta Alam – CACA
Di penghujung cuti pertengahan sekolah 29 Mac 2019, telah berlangsung program Cinta Allah Cinta Alam di Masjid Taaman Pulai Indah. Program anjuran Ikram Junior Kawasan Pulai telah mendapat bantuan fasilitator-fasilitator dari murid-murid Sekolah Menengah Islam Hidayah yang tinggal di sekitar kawasan Pulai.
Program CACA bertujuan untuk memupuk kecintaan kepada Allah melalui alam. Para peserta telah diajar teknik-teknik penanaman melalui kaedah hidroponik dan tradisional.
Adalah diharapkan murid-murid Sekolah Menengah Islam Hidayah dapat melibatkan diri dengan program-program kemasyarakatan secara langsung atau tidak agar pengalaman yang baru dapat dibina.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda