Ceramah Kesihatan Tentang Penjagaan Gigi

593


Pada 5 Februari 2018 (Isnin), Sekolah Menengah Islam Hidayah, JB telah mengadakan ceramah kesihatan yang bertajuk penjagaan gigi yang disampaikan oleh Dr. Muhammin Nur’aqilah binti Muhmmad dari Klinik Pergigian Serkat, Pontian.

Seramai 350 orang pelajar yang terlibat dengan ceramah ini iaitu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Ceramah ini menekankan tentang kepentingan gigi kepada kehidupan seharian. Selain itu penceramah juga memberi kesedaran kepentingan penjagaan gigi dan Cara-cara penjagaan gigi yang betul.

Pelajar juga dinasihat kan agar mendapat rawatan gigi yang betul iaitu dengan doktor yang bertauliah dan tidak tertipu dengan iklan2 rawatan kecantikan gigi di media sosial.

KONGSI