Berminat Bekerja di Hidayah?

7570

Kami mengalu-alukan calon guru yang berperibadi muslim/muslimah, berdedikasi dan komited untuk menjadi sebahagian dari warga kami.  Calon-calon  dialu-alukan memohon secara ‘on-line’ bila-bila masa walaupun tiada kekosongan buat masa ini. Permohonan calon akan disimpan dan dipanggil untuk temuduga jika ada kekosongan yang sesuai dengan kelayakan calon.

 

Permohonan boleh dibuat secara online dengan klik di SINI @ e-mail ke pph@hidayah.edu.my.

*Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi bila ada kekosongan jawatan.

Terima kasih.

 

Tarikh posting : 16 Julai 2018

1. Pembantu Am (Kebersihan)
Keperluan: Lelaki atau Perempuan
Kelulusan: SPM
Berpengalaman dan fizikal yang sihat.
Waktu bekerja: 7.30 pagi – 4.30 petang (Ahad – Khamis)

2. Guru Diniah di SRIH Batu Pahat
Guru Bahasa Arab di SRIH Johor Bahru
Guru Al-Quran Di SMIH Johor Bahru

Syarat :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
1. Calon terdiri daripada Warganegara atau Penduduk Tetap
2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun;
3. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam/Syariah/Bahasa Arab daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
4. Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
5. Boleh membaca Al-Quran dengan sangat baik.
6. Boleh berbahasa Arab (Guru Bahasa Arab). (Temuduga dalam Bahasa Arab)

3. Pembantu Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah
Keperluan: Perempuan
Umur: 18-30an
Kelulusan: SPM
Ciri yang diperlukan :
1. Menutup Aurat.
2. Jujur.
3. Rajin.
4. Kesihatan yang baik.
5. Mudah komunikasi/ mesra pelanggan.

Jika ada saudara mara/kenalan berminat , boleh hubungi atau hantar resume ke :

PEGAWAI TADBIR (HR):
MASINI BINTI ABD LATIF
07-5569932
EMAIL : masini@hidayah.edu.my

 

 

 

KONGSI