Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris UPSR 2017


Alhamdulillah, pada petang Khamis yang lepas  (20 April 2017) telah berlangsung Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris anjuran Panitia Bahasa Inggeris SRIH. Seramai 150 orang murid telah menyertai bengkek tersebut. Bengkel telah dikendalikan oleh guru berpengalaman dan merupakan jurulatih utama kurikulum kebangsaan. Beliau juga merupakan salah seorang panel penggubal soalan dan penanda kertas peperiksaan UPSR format baru.

TARIKH : 20 APRIL 2017 (KHAMIS)
MASA : 2.30 PTG – 5.00 PTG
SASARAN : SEMUA MURID TAHUN 6
PENCERAMAH :
1. EN RAJKUMAR A/L PALMANAPAN
(SJK(T) TMN TUN AMINAH)
2. PN SUGANTHI A/P NAGALINGGAM
(SK BANDAR PUTRA KULAI)

Maklum balas yang diterima amat positif daripada murid-murid Tahun 6 yang terlibat. Bengkel telah diadakan di Dewan Uhud dan Pusat Sumber Al Ghazali. Semoga anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR ini diberikan kemudahan dan kefahaman untuk belajar.

Didoakan mereka juga meraih kejayaan yang diimpikan. Jazakumullah khairan kathira kepada semua yang terlibat termasuklah guru-guru subjek Tahun 6, ibubapa yang komited dan pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda