Aktiviti Silang Budaya antara SM Pei Chun Pontian dan SM Islam Hidayah JB sempena Tahun Baru Cina

547


Alhamdullillah aktiviti silang budaya antara SM PEI CHUN HIGH SCHOOL dan SMI HIDAYAH JB telah berlangsung pada 14 Februari 2018 bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina SM PEI CHUN HIGH SCHOOL bagi tahun 2018.

Jemputan ini disambut oleh Tuan Pengerusi LPH, Tuan Hj Hassan Hushin, Ketua Eksekutif Ustaz Hj Mohd Jelani Ramly dan Pengetua Pn Hjh Fauziah Ab Salam serta Guru Pengiring, Penolong Kanan Akademik Ustazah Muhaini Mahusin, Ustazah Zurina Ramly dan Ustaz Muhammad Fikri Abd Rahman serta 15 orang murid dengan menyertai aktiviti kaligrafi tulisan mandrin di sekolah tersebut.


Mudah-mudahan aktiviti silang budaya ini akan meningkatkan lagi pesefahaman antara kaum. Insya Allah.

Dikesempatan ini kami warga Hidayah mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua warga Malaysia yang berbangsa Tionghua.

Semoga persahabatan terus terjalin.

KONGSI