Pelawat Laman Web Semakin Meningkat

Counter laman web Sekolah Islam Hidayah menunjuk peningkatan mendadak di akhir-akhir ini. Angka lawatan web yang kebiasaannya sekitar 600 sehari, kini mencapai lebih 2000. Ini perkembangan menggalakkan. Sejak kewujudannya pada tahun 2007, laman web Hidayah telah dilawati oleh 408,454 (angka pada 13 Dec 2011. 


Kami di Hidayah memahami perkembangan teknologi perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya selari dengan perkembangan pesat Sekolah Islam Hidayah. Kini bilangan pelajar mencapai lebih 1000 di Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan lebih 600 pelajar di Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH). Ini mengambarkan bilangan pelajar yang ramai berserta ibu bapa yang berbagai latar belakang.

Seiring dengan perkembangan ini kami di Hidayah cuba memudahkan urusan tuan dan puan. Segala maklumat yang diperlukan cuba disediakan sebanyak mungkin di laman web Hidayah. Harapan kami, masa tidak perlu dibuang untuk perkara remeh yang boleh diselesaikan hanya dengan hujung jari melalui internet. Untuk itu, kamai memerlukan sokongan anda terus menerus demi menjayakan misi Membangunkan Sistem Pendidikan Islam Unggul Ke Arah Melahirkan Insan Rabbani.

Kami warga pengurusan Hidayah komited untuk mencapai misi itu dengan memegang nilai-nilai Holistic, Integreti, Dinamik, Alami, Yakin, Asolah dan Harmoni. 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda