Polisi Sekolah Tentang Yuran

814

Pertama-tamanya, pihak sekolah ingin mengucapkan jazakumullahu khairan kathira dan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang telah memberi komitmen dan menunjukkan kesungguhan dalam aspek pembayaran yuran dengan menjadikan pembayaran yuran sebagai perkara yang diutamakan dalam perbelanjaan keluarga serta tidak berhutang dengan pihak sekolah.

Pihak sekolah telah memperkemaskan polisi kewangan sekolah terutama tentang yuran. Kebanyakan polisi ini telah dilaksanakan. Sila rujuk Lampiran 1 untuk perinciannya. Perubahan adalah berkuatkuasa 2 Mei 2016.

Dengan ketetapan di atas, diharapkan tuan/puan lebih serius dan bertanggungjawab dalam menanggani isu yuran agar tidak tertunggak, demi kemaslahatan dan penerusan pendidikan anak tuan/puan di sekolah ini. 

Semoga Allah mempermudahkan urusan kita dan pihak sekolah berharap tuan/puan sentiasa bersama memahami dan menyokong misi dan visi sekolah ke arah melahirkan generasi rabbani. Aamin
Sekian untuk makluman dan perhatian tuan/puan.

Yang menjalankan amanah,

MOHD JELANI BIN RAMLY
Ketua Eksekutif, Pusat Pendidikan Hidayah Bhd.
s.k Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah
Guru Besar Sekolah Rendah Islam Hidayah
Pendaftar/Bahagian Kewangan

POLISI YURAN SEKOLAH ISLAM HIDAYAH

 

1

Pembayaran yuran secara tunai tidak diterima melainkan untuk menyelesaikan yuran tertunggak

2

Resit rasmi perlu diterima oleh setiap pembayar sebagai bukti pembayaran.

3

Semua yuran yang berkaitan dengan persekolahan, selain Yuran Pengajian, bagi sesi baru, perlu dibayar pada atau sebelum hari pendaftaran seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Jika ibubapa gagal membuat bayaran, nama murid tidak didaftarkan ke dalam senarai kelas. Pengecualian diberikan untuk tingkatan 4, iaitu tempoh pembayaran dilanjutkan kepada tempoh yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

4

 

Yuran Pengajian bagi warga tempatan perlu dibayar setahun. Ibubapa dibenarkan membayar secara bulanan sebanyak 12 kali (termasuk bulan November dan Disember) sebelum 10 haribulan bulan berkenaan. Diskaun diberi berkadaran dengan kecepatan pembayaran yang dibuat.

5

 

Yuran Pengajian bagi warga luar perlu dibayar setahun atau 3 bulan ke hadapan (contoh: sebelum 1 Januari, yuran Januari, Februari, Mac perlu dibayar. Pada bulan Januari, yuran April perlu dibayar).

6

 

Tunggakan yuran – Jika ibubapa memilih untuk membayar Yuran Pengajian secara bulanan, Yuran Pengajian akan tertunggak jika yuran yang sepatutnya dibayar pada bulan tersebut tidak dibayar pada bulan tersebut. Tindakan terhadap mereka yang mempunyai tunggakan yuran adalah seperti berikut:

6.1.   Peringatan pertama – jika sebulan tertunggak

6.2.   Peringatan kedua – jika 2 bulan tertunggak.

6.3.   Notis 14 hari – jika 3 bulan atau lebih, tertunggak.

6.4.   Penahanan murid daripada memasuki kelas akan dibuat jika tiada tindakan oleh ibubapa/penjaga ke atas notis 14 hari. Selain daripada penahanan murid, kes hutang tertunggak akan diserahkan kepada peguam.

6.5.   Jika ibubapa ingin memberhentikan pembelajaran anaknya kerana tunggakan yuran, dokumen yang berkaitan seperti Sijil Berhenti Sekolah, Testimonial dan dokumen yang berkaitan tidak akan diberi.

6.6.   Bagi kes penahanan murid (rujuk 6.4) dan permohonan berhenti (rujuk 6.5), cara penyelesaian hanyalah dengan membayar penuh segala hutang yang ada.

7

 

Yuran lama tertunggak – Notis peringatan pada bulan November akan dikeluarkan kepada ibubapa yang berhutang bahawa murid berkenaan tidak dibenarkan masuk sekolah untuk sesi baru dan akan menghadapi tindakan undang-undang.

8

 

Pembatalan pendaftaran atau kemasukan atau urusan keluar sekolah di pertengahan sesi persekolahan:

8.1Yuran Pendaftaran dan Yuran Kemasukan tidak akan dikembalikan

8.2              Yuran PIBG, Takaful, Musleh, MSSD – tidak dikembalikan apabila    persekolahan bermula

8.3        Yuran selain daripada 8.1 & 8.2 akan dikembalikan mengikut penggal/semester

Permohonan perlu dihantar kepada Bendahari sekolah untuk memulangkan baki yuran yang telah dibayar.

9

 

Murid yang masuk atau keluar di mana-mana hari di pertengahan kedua bulan perlu membayar setengah daripada Yuran Pengajian yang sepatutnya dibayar pada bulan tersebut.

10

 

Yuran Pengajian perlu dibayar setahun penuh. Sekiranya murid berhenti setelah mengambil peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan utama (SPPIM, UPSR, SPM), baki yuran perlu dijelaskan.

11

 

Bagi murid yang sakit atau cuti berpanjangan – jika ibubapa masih berminat untuk meneruskan persekolahan samada di tahun yang sama atau tahun yang berlainan, Yuran Pengajian perlu terus dibayar. Jika ibubapa tidak berminat untuk meneruskan persekolahan, mereka perlu berhenti dan mendaftar semula jika berkeinginan untuk masuk balik ke sekolah selepas itu. Penerimaan untuk mendaftar bergantung kepada kekosongan tempat belajar.

12

 

Yuran asrama (untuk Sekolah Menengah sahaja)

12.1.    Ibubapa/penjaga yang ada tunggakan yuran (samada yuran asrama atau yuran pengajian atau yuran persekolahan), tidak layak memohon masuk asrama.

12.2.    Pemohon yang berjaya perlu membayar deposit 2 bulan Yuran Bulanan.

12.3.    Bagi murid yang ingin menumpang asrama, mereka perlu membayar  yuran harian, untuk tempoh tumpangan tersebut, dengan kadar yuran harian asrama didarab dengan 1.5 (ditetapkan oleh pihak asrama).

 

Sekolah Islam Hidayah

2 Mei 2016

KONGSI