.

Mukayyam Debat Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) telah selamat dilaksanakan pada 24-26 Dec 2010 di Sutera Resort, Sedeli, Mersing, Johor.

Seramai 40 orang pelajar SMIH hadir diiringi oleh beberapa orang guru kelab debat termasukan Pengetua SMIH sendiri. Program dikendalikan bersama oleh 6 orang almuni SMIH.  Mereka terdiri dari bekas pendebat SMIH yang kini berada di IPT tempatan. 

Program tahunan ini dianjurkan untuk mempersiapkan barisan pendebat SMIH menghadapi beberapa acara besar debat tahunan.  Antaranya debat antara sekolah-sekolah seluruh Malaysia anjuran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan debat antarabangsa anjuran MUSLEH. Selain barisan pendebat senior, barisan pelapis juga turut serta.

SMIH telah berjaya merangkul juara dalam debat antara sekolah-sekolah seluruh anjuran UIA.  Pada tahun 2009 SMIH mendapat johan dan naib johan, masing dalam debat bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pada tahun 2010 pula, tahun perdebatan bahasa Arab mula diperkenalkan, pendebat bahasa Arab SMIH telah mendapat johan dalam pengajuran yang sama.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda