Rememberance of Ummah (ROUMMAH) 2017


Pada 16 Oktober 2017 yang lalu telah diadakan Malam Kemuncak Rememberance Of Ummah atau nama ringkasnya ROUMMAH. Tujuannya adalah untuk mengingati saudara se-Islam kita yang ditindas dan dicabul maruahnya. Bertemakan “One Moment For Them” (#1moment4them), malam kemuncak ini telah diadakan di Dataran Sekolah Menengah Islam Hidayah. Bermula dari 6.50 pm sehinggalah 10.45 pm, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Drop & Shop, Pameran My Care, Ceramah Ummah, Tayangan Multimedia, Photobooth dan lain-lain.

Semuanya bermatlamatkan kepada “Knowledge, Awareness and Collection”. Setakat malam tersebut jumlah kutipan yang terkumpul ialah RM 12,000. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada para AJK ROUMMAH, guru-guru penasihat, ibu bapa dan semua tetamu yang hadir. Semoga semua pihak mendapat manfaat dari program malam kemuncak ini dan mencapai sasaran kutipan yang telah ditetapkan iaitu RM 15,000.

Gambar-gambar sekitar program kemuncak malam semalam:

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda