Program Prihatin Ummah Sebarkan Rahmah SRIH JB 2017

224


Pada 21 Ogos 2017, Sekolah Rendah Islam Hidayah JB telah melancarkan Minggu Prihatin Ummah. Program dibuka dengan ucapan alu-aluan daripada Ustaz Ikrimah dan bacaan al-Quran daripada wakil murid (Nabil Wafiy dan Azhad Abqari dari Kelas 5AAT) Kemudian, Puan Guru besar telah memberikan ucapan semangat kepada anak-anak SRIH agar menghayati kemerdekaan dengan membebaskan jiwa daripada nafsu dan prihatin kepada keadaan umat islam yang lain.

Bertepatan dengan tema: Prihatin Ummah, Sebarkan Rahmah, antara objektif program ini ialah memberi kesedaran kepada semua warga SRIH tentang keadaan umat islam kini dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Persembahan flasmob dan sajak yang menarik daripada 14 orang pelajar SMIH telah menarik perhatian pelajar Program juga menyaksikan kehadiran 2 orang wakil Mycare iaitu Dr. Mohd Zin Kandar Pengurus MyCare Negeri Johor & Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCare Malaysia dan Dr Hafizul Amin Ajmain Pengerusi MyCare Bandaraya Johor Bahru dalam forum bersama MyCare dan dipengerusikan oleh Puan Shahidatul Akmal daripada agensi Rose2Rose Johor (R2R).

Penyampaian dan penerangan yang sangat bersemangat daripada panelis berjaya menaikkan semangat anak-anak untuk terus cakna terhadap keadaan umat islam kini dan membantu menghulurkan sumbangan dan doa Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang Minggu Prihatin Ummah ialah: Pertandingan kain rentang Prihatin Ummah, Pertandingan Mereka Cipta model Roket al Qassam dan Masjidil Aqsa, Open Mic, Aktiviti mewarna bagi tahap 1, dan Kutipan infaq 1 tabung 1 kumpulan Mentor Mentee.

Selain itu, jualan amal Prihatin Ummah dan pameran juga dilaksanakan sehingga Khamis ini di dataran Amanah dan Auditorium al Farabi. Tahniah di ucapkan kepada Ustazah Masidayu Mahusin ketua unit Pembangunan Sahsiah Murid SRIH dan AJKnya, dengan kerjasama kelab MyCare SRIH di atas usaha menganjurkan program ini. Semoga segala usaha memdapat keberkatan daripada Allah S.W.T, InsyaAllah

KONGSI