Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Pusat Pendidikan Hidayah (PPH) dan Iman ELC 2017

347


Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Pusat Pendidikan Hidayah (PPH) dan Iman ELC telah diadakan pada 22 Julai 2017 di Dataran Amanah Sek Ren Islam Hidayah (SRIH) JB.

Majlis yang diadakan pada jam 3 hingga 5 petang ini dihadiri oleh lebih kurang 120 orang yang menghimpunkan undangan dari institusi pendidikan kerajaan dan swasta di sekitar daerah Johor Bahru termasuk tokoh-tokoh pendidikan dari aliran sekolah Cina dan Tamil dari peringkat pra-sekolah hingga ke sekolah menengah.

Majlis ini juga dihadiri oleh tokoh masyarakat setempat dan pengurusan SRIH dan SMIH.
Tuan Haji Hassan bin Hushin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan menyampaikan ucapan yang amat menarik. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu di atas kesudian bersama di dalam majlis yang amat bermakna ini. Ini adalah majlis yang julung kali diatur oleh PPH dan Iman ELC untuk mengadakan engagement dengan pelbagai sekolah kerajaan dan swasta yang melibatkan silang budaya serta agama. Semoga hubungan baik ini akan terus subur dan berterusan di masa akan datang.
Majlis ini dimeriahkan lagi dengan persembahan montaj PPH dan Iman ELC. Persembahan nasyid dari Kumpulan Najahan SMIH turut menyerikan lagi majlis ini.

Terima kasih kepada Tuan Haji Hassan bin Hushin, Puan Hjh Nailah bt Abdul Rahim serta seluruh AJK yang menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya PPH dan Iman ELC 2017. Semoga jasa bakti kalian mendapat ganjaran pahala dari Allah swt.

KONGSI