Program Pasar Percuma (Free Market) SMIH Johor Bahru 2017

244


Pada 17 Jun 2017 bersamaan 22 Ramadan 1438H, telah diadakan Program Pasar Percuma (Free Market) yang telah dianjurkan oleh para guru dan para pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) Johor Bahru.

Antara objektif program ini adalah:
1. Mendidik pelajar agar bersifat perihatin kepada masyarakat dengan memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan melalui projek Majlis Diskusi Pelajar.
2. Menjalin silaturahim antara warga sekolah dengan penduduk setempat.

Alhamdullillah seramai lebih kurang 100 buah keluarga dapat disantuni dalam usaha untuk memasyarakatkan sekolah ini.

70 buah keluarga hadir ke sekolah untuk menerima pack bahan makanan seperti beras, tepung, gula, minyak masak, bawang besar dan kecil, roti dan biskut, bee hoon dan juga kueh hari raya. Selebihnya bagi keluarga yang tidak dapat hadir, guru-guru dan pelajar pergi menghantar barang-barang tersebut ke rumah-rumah mereka.

Mudah-mudahan objektif yang digariskan tercapai dan usaha- usaha ini diberkati Allah. Amin.

KONGSI