Majlis Pelancaran Smart English Tuition For Locality (SET4L) 2017

TARIKH : 21 APRIL 2017
MASA : 9.00 PAGI – 10.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN AMANAH, SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH
PERASMI : TN HJ HASSAN BIN HUSHIN, PENGERUSI LPH

Pada Jumaat yang lepas, Sekolah Rendah Islam Hidayah telah mengadakan majlis pelancaran untuk program SET4L. Program ini dikendalikan oleh Panitia Bahasa Inggeris. Majlis ini telah dihadiri oleh Perasmi, Tn Hj Hassan bin Hushin, Wakil Guru Besar SK Kg Maju Jaya, En Yosnizan bin Jupri, Wakil Ahli Lembaga, Tn Hj Khusaini bin Kandar, Wakil PIBG SRIH, Tn Hj Ahmad Daniel bin Shaharudin, Wakil SMIH, Pn Seri Juli Emas Wati, Guru Besar SRIH, Pn Hjh Rohaida Ridzwan dan ibubapa peserta program SET4L.

LATAR BELAKANG PROGRAM
Program Khidmat Masyarakat ini dirancang bagi memberi sumbangan dan perkongsian pengetahuan dan menabur bakti kepada masyarakat setempat. Peserta program ini terdiri daripada murid – murid kampung sekitar Sekolah Rendah Islam Hidayah. Program ini dirancang dengan harapan prestasi murid akan meningkat dari segi kualiti dan kuantiti dalam peperiksaan dan digunakan dalam aktiviti seharian. Projek ini adalah dibawah seliaan Sekolah Rendah Islam Hidayah dan dilaksanakan oleh Panitia Bahasa Inggeris sekolah.

OBJEKTIF
1. Meningkatkan pencapaian peserta dari segi kualiti dan kuantiti dalam penguasaan Bahasa Inggeris.
2. Memberi peluang kepada guru-guru berkongsi pengalaman bersama peserta program dalam teknik dan kemahiran belajar yang berkesan.
3. Menjalin hubungan yang mesra antara warga pendidik dengan masyarakat setempat.

BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : Bermula April 2017 sehingga Oktober 2017.
Hari : Setiap Hari Jumaat.
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tgh hari.
Bil Murid : 60 orang murid (2 Kelas)
Bayaran : PERCUMA (Sumbangan dialu-alukan)

Majlis pelancaran telah berlangsung dengan jayanya dan telah mendapat reaksi positif dari penduduk kampung dan juga wakil GB SK Kg Maju Jaya. Pihak penganjur berharap program ini dapat diteruskan dilaksanakan dengan baik bagi mencapai objektif yang disasarkan. Majlis pelancaran tamat pada pukul 10.00 pagi dengan jamuan ringan. Program SET4L dijalankan seperti biasa bermula jam 10 pagi hingga 12.00 tengah hari di kelas-kelas tahun 6.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda