Murid SRIH Johor Bahru Kembali ke Rahmatullah

inna-lillah-wa-inna-ilaihi-rajioon1
Dukacita dimaklumkan murid Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) Johor Bahru, Muhammad Zahari bin Muhammad Izhar dari kelas 5 Usman Affan telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.30 pagi tadi 7/12/16 di Hospital Sultan Ismail JB.

Jenazah dijangka akan dibawa ke rumah ibu bapanya di Lot 1054, Jalan Denai 4, Kempas Baru sebelum asar.

Pihak Pengurusan Pusat Pendidikan Hidayah, guru-guru serta semua warga kerjanya turut merasa sedih dan mengucapkan takziah kepada ibu bapanya En Muhammad Izhar dan Puan Norazah serta keluarga atas pemergian anakanda tercinta.

Warga Hidayah mendoakan moga roh Muhammad Zahari ditempatkan di syurgaNya. Aamiin.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda