Kadar Yuran 2017

3145

img_6915-1024x768-800x598
Berikut adalah kadar yuran bagi sesi 2017:

SMIH
photo_2016-12-06_16-23-34
photo_2016-12-06_16-23-37
photo_2016-12-06_16-23-39
photo_2016-12-06_16-23-40

SRIH
photo_2016-12-06_16-29-25
photo_2016-12-06_16-29-27
photo_2016-12-06_16-29-29
photo_2016-12-06_16-29-30

KAEDAH UMUM PEMBAYARAN YURAN

Cara bayaran :

Bayar ke bank secara berasingan (Nota 1) bagi setiap anak (pindahan wang-mesin, deposit tunai/cek) atau melalui talian (online/internet banking) ke akaun PUSAT PENDIDIKAN HIDAYAH BHD (PPH) seperti berikut :

  • Bank Muamalat Malaysia Berhad  (BMMB) no. akaun : 01020001485710,
  • Maybank Berhad (MBB) no. akaun : 501253127746,
  • Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) no. akaun : 01041010041330,
  • CIMB Islamic Bank (CIMB) no. akaun : 01160000227108 (8601516698 baru) atau,
  • RHB Islamic Bank (RHBi) no. akaun : 20129160006930.

Ibubapa/penjaga yang telah membuat bayaran yuran perlu menghantar BUKTI BAYARAN tersebut ke Bahagian Kewangan (Pejabat Am sekolah) seperti berikut :

  •         Datang ke Pejabat Am sekolah, atau
  •         Melalui faks atau emel :

Faks : 07-55 70882 atau Emel : kewangan.pph@hidayah.edu.my

PENTING:

Tulis nama penuh pelajar, nama penuh penjaga,  nombor telefon dan maklumat yuran di atas slip bank

Hubungi Pejabat Am sekolah ditalian 07-556 9932/07-557 4689 untuk mengesahkan penerimaan faks atau emel (jika tiada maklumbalas)

Guna hanya SATU PERANTARAAN perhubungan SAHAJA iaitu samada datang ke Pejabat Am sekolah atau fax atau emel.

 

PERHATIAN :

HANYA guna akaun PPH sahaja untuk bayaran yuran sekolah   (Nota: Telah ada kes yang bayar yuran ke akaun Dana Hidayah, SIH Niaga dan PIBG)

Bukti bayaran perlu lengkap (logo bank, tarikh, nombor/nama akaun PPH & jumlah). Jika berlaku kehilangan bukti bayaran sebelum pihak sekolah menerimanya, ibubapa/penjaga bertanggungjawap menghubungi bank untuk mendapatkan pengesahan bayaran yang dibuat.

Kegagalan membayar Yuran Persekolahan dan Pengajian pada masanya boleh menyebabkan pelajar tidak dibenarkan masuk ke kelas.

Resit penerimaan bayaran yuran akan diproses dan diemelkan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja, selepas BUKTI bayaran diterima.  Bagi ibubapa/penjaga yang memerlukan RESIT (‘hard copy’), sila ambil di Pejabat Am sekolah. Status bayaran yuran boleh dilihat dalam pautan “e-waris..parent-online” di laman sesawang (website) www.hidayah.edu.my

NOTA :

Ini adalah ketetapan sistem pengkalan data ASIS.

Yuran Pengajian :

Jika dibayar secara bulanan hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada setiap awal bulan untuk bulan tersebut (contoh: yuran Februari dibayar tidak melebihi 10hb Feb )

Pelajar Bukan Warganegara hendaklah sentiasa membayar 3 bulan awal, (contoh : Yuran April bayar pada Februari atau Yuran Disember bayar pada Oktober)

Pelajar Asrama (untuk SMIH sahaja) tidak perlu membayar deposit mulai sesi persekolahan 2017 tetapi hendaklah sentiasa membayar yuran Bulanan Asrama 3 bulan awal (contoh : Yuran Asrama Jun bayar pada April)

WAKTU URUSAN KAUNTER KEWANGAN

  1. 7.45 pagi ~ 3.45 petang (Ahad ~ Rabu)
  2. 7.45 pagi ~ 2.15 petang (Khamis)
KONGSI