SMIH Johor Bahru Johan Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak 2016

photo_2016-10-31_08-00-45
Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) Johor Bahru telah menghantar 2 pasukan ke Pertandingan Debat Piala Tun Razak di Sekolah Kluster SDAR, Seremban. Delegasi debat kali ini diketuai oleh Cik Norsamsidar Miskan dan dibantu oleh alumni kami Asim Mohd Hatta dan Zuhayr Arif Zakaria. Pasukan debat BM telah berjaya hingga ke separuh akhir namun tewas kepada MCKK dengan margin 1 split juri 3-2. Manakala pasukan Debat BI telah berjaya mara ke akhir dan rezeki kita mengulangi kejohanan 2014. SMIH BI telah menjadi johan mengalahkan STF dengan keputusan jelas juri 5-2.

Apa yang sangat membanggakan kami pasukan debat kali ini diwakili oleh pelajar junior Kelab De’pikir. Mereka terdiri daripada pelajar Tingkatan 2 dan 3 sebagaimana syarat yang ditetapkan.

Pasukan BI terdiri daripada:
Megat Amirul Sufi (T1)
Imran Zamil Najwah (T2)
Nurul Wafiqah (T3)

Manakalan pasukan BM:
Amirun Zhafran (T3)
Afeeq Shafiee (T3)
Imran Ghazali (T3)

Tahniah dan Alhamdulillah. Semoga nama SMIH terus mengharum di persada debat tanahair. Tahniah SMIH dan seluruh warga Hidayah.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda