Majlis Pelancaran EEC SMIH 2019

0
160

Pada 30 April yang lalu, sek men islam hidayah telah melaksanakan pelancaran EEC( energy efficiency challege) sempena kempen cekap tenaga yang bertemakan “Cekap Tenaga Tanggungjawab Bersama”.

Sesi ceramah atau sesi perkongsian berkenaan penjimatan tenaga juga telah berlangsung pada hari tersebut yang telah disampaikan oleh 4 orang penyampai iaitu
1)Dr. Jasrul Jamani Bin Jamian
2)Dr. Zulkarnain Bin Ahmad Noorden
3)Dr Madihah binti Md Rasid
4)Dr Siti Maherah binti Hussin


Seterusnya sesi perasmian oleh Dr Wan Ibrisam Fikry Bin Wan Ismail. Antara objektif utama kempen ini ialah membentuk sikap cekap menggunakan tenaga elektrik. Justeru itu,antara pertandingan yang akan dilaksanakan sepanjang kempen ini ialah pertandingan teka silang kata,melukis poster,melukis kartun,syarahan tiga bahasa,dan pertandingan buku skrap.

Semoga dengan terlaksananya pertandingan- pertandingan ini dapatlah membantu pelajar lebih peka untuk jimat dan cekap dalam penggunaan tenaga.

SHARE
Previous articleLatihan Kebakaran Semester 1 SMIH JB