SMIH ke Karnival International Mother Language Day (IMLD) 2018

771


Pada 11 Februari 2018 yg lepas, Sekolah Menengah Islam Hidayah telah menghantar empat orang pelajar banin diiringi oleh seorang guru lelaki untuk ke Karnival International Mother Language Day (IMLD) 2018 bersempena Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2018 yang bertempat di Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall.

Program ini adalah anjuran bersama IKRAM-MUSLEH, Tamil Foundation, Pusat Pembangunan dan Kebudayaan Lim Lian Geok dan Jaringan Orang Asal Malaysia.

Banyak aktiviti telah dijalankan yang bertujuan mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia antaranya:
1. Collage Art Competition
2. Khat Demonstration (Malay)
3. Calligraphy Demonstration (Chinese)
4. Kolam Demonstration (Indian)
5. Weaving Demonstration (Orang Asal)
6. Choral Speaking (Malay, Chinese, Indian, Orang Asal)

Diharapkan dengan penyertaan SMIH dalam program ini memberikan manfaat yang besar terutamanya dalam usaha mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang harmoni.

Senarai pelajar yang menyertai IMLD:
1. Akmal Hadi Bin Mohd Sulaiman
2. Muhammad Ikrimah Bin Masdinizam
3. Thalhah Bin Hazly Amir
4. Muhammad Adeel Syahmi Bin Saridan

Guru Pengiring: En Baihaqi Mohd Hatta



KONGSI