SMIHJB: Majlis Murabbi Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) KE-8

0
103

Jumaat, 13 November 2020|“Sepertimana kita solat membaca (ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ) sekurang-kurangnya 5 kali sehari memohon petunjuk dari Allah, bagaimana keadaan kita selepas solat?

Adakah kita memenuhi tuntutan (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ): (Hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya KepadaMu kami memohon pertolongan) supaya kita dikurniakan petunjuk?

Adakah sesuai jangkaan (expectation) kita dikurniakan petunjuk, tanpa memenuhi tuntutan-tuntutan tersebut?” – antara renungan yang disampaikan oleh tetamu jemputan: Ustaz Ahmad Syafiq bin Yusof dalam slot pengisian kepada peserta yang hadir.

Alhamdulillah, Unit Tarbiah Murid SMIH telah menganjurkan Program Majlis Murabbi PRS SMIH yang ke 8 pada 13 November mulai pukul 9.00 hingga 11.45 pagi secara maya.

Seramai 68 orang ahli PRS Sekolah Menengah Islam Hidayah serta 7 orang murabbi PRS telah mengikuti majlis ini bersama sama.

Slot seterusnya diisi dengan pembentangan dan perkongsian dari setiap PRS mengikut tingkatan berkaitan:

1. Isu yang dihadapi sepanjang pembawaan tugas sebagai PRS serta cadangan penyelesaian,

2. Cadangan-cadangan pendekatan yang boleh dibuat oleh murabbi untuk melaksanakan aktiviti usrah secara online.

Semoga semua PRS Sekolah Menengah Islam Hidayah diberi kemudahan untuk melaksanakan tugas yang dibawa dalam suasana yang mencabar ini. Aamiin.

Jzaakumullahukhairan diucapkan kepada guru-guru yang terlibat dan tetamu jemputan yang menyampaikan perkongsian.

Maryam Rufaidah Zainal Abidin
Unit PRS SMIH