Polisi Sekolah Tentang Yuran 2021

0
10519

Pihak sekolah sangat menghargai komitmen tuan puan terhadap pendidikan anak-anak dan sentiasa memastikan yuran anak-anak dijelaskan sebelum tamat tempohnya. Kemudahan JomPAY yang diperkenalkan bertujuan untuk memudahkan kedua pihak agar rekod pembayaran lebih terjamin.

Polisi ini bertujuan untuk memudahkan urusan tuan puan dan pihak sekolah dalam usaha memperkemas sistem pembayaran yuran agar pendidikan anak-anak di sekolah ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Sekolah berharap tuan puan sentiasa bersama memahami dan menyokong misi dan visi sekolah ke arah melahirkan generasi rabbani

Semoga Allah sentiasa membantu kita dan memberkati pengorbanan tuan puan sepanjang persekolahan anak-anak di Sekolah Islam Hidayah.

Yang menjalankan amanah,

MOHD JELANI BIN RAMLY
Ketua Eksekutif,
Pusat Pendidikan Hidayah Bhd.

POLISI YURAN SEKOLAH ISLAM HIDAYAH 2021
1 Pembayaran yuran adalah melalui aplikasi JomPAY SAHAJA.
2 Bayaran pendaftaran bagi murid lama untuk sesi baru adalah sebelum atau pada 20hb Disember. Jika ibu bapa/penjaga gagal berbuat demikian, nama murid tidak didaftarkan ke dalam senarai kelas.
3 Bayaran pendaftaran bagi murid baru, perlu dibayar sebelum atau pada hari pendaftaran seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Jika ibu bapa/penjaga gagal berbuat demikian, nama murid tidak didaftarkan ke dalam senarai kelas.
4 Resit rasmi boleh disemak dan dicetak melalui laman web www.hidayah.edu.my bahagian e-waris.
5 Yuran Pengajian sepatutnya/hendaklah dibayar setahun. Walau bagaimanapun, ibu bapa/penjaga dibenarkan membayar secara bulanan tanpa tertunggak sebelum 10hb untuk bulan berkenaan.
Diskaun diberikan kepada murid warganegara SRIH dan SMIH (JB) yang membayar Yuran Pengajian setahun semasa pendaftaran atau selewatnya pada bulan Januari sesi baru.
6 Yuran Pengajian bagi murid wargaluar hendaklah dibayar setahun atau sentiasa 3 bulan awal (Bayar yuran pertama hingga ketiga semasa pendaftaran, yuran keempat dan seterusnya MESTI dibayar mulai
bulan Januari berturutan hingga September)
7

Ibu bapa/penjaga yang memilih untuk membayar Yuran Pengajian secara bulanan, hendaklah membayar selewatnya pada 10hb bulan semasa, kelewatan bayaran adalah dikira sebagai YURAN TERTUNGGAK. Tindakan terhadap mereka yang mempunyai tunggakan yuran adalah seperti berikut:

7.1     Peringatan melalui SMS – jika sebulan tertunggak.
7.2    Jika 2 bulan tertunggak, peringatan untuk membuat bayaran 
          melalui  SMS dalam tempoh 7 hari. Jika tiada bayaran yang dibuat, 
          notis tahan murid melalui surat, SMS, emel dihantar dengan
          memberi tempoh 7 hari sebelum penahanan sebenar dibuat. Selain
          daripada penahanan murid, kes hutang tertunggak boleh
          diserahkan kepada peguam.
7.3     Jika ibu bapa/penjaga ingin memberhentikan pembelajaran                      anaknya kerana tunggakan yuran, dokumen yang berkaitan                        seperti Sijil Berhenti Sekolah dan dokumen yang berkaitan                      tidak akan dikeluarkan sehingga tunggakan yuran selesai.
7.4     Bagi kes penahanan murid (rujuk 7.2) dan permohonan berhenti                (rujuk 7.3), cara penyelesaian hanyalah dengan membayar penuh 
           tunggakan yuran.

8 Notis peringatan status yuran tertunggak terakhir untuk tahun semasa akan dikeluarkan kepada ibu bapa/penjaga yang berkenaan pada bulan November. Murid yang tidak selesai bayaran yuran tahun semasa tidak dibenarkan membayar dan bersekolah untuk sesi baru serta boleh dikenakan tindakan undang-undang.
9

Pembatalan kemasukan atau pendaftaran atau urusan keluar sekolah adalah seperti berikut :

9.1    Sebelum sesi persekolahan bermula,
         9.1.1      Yuran Kemasukan tidak dikembalikan.
9.2    Setelah sesi persekolahan bermula,
          9.2.1      Yuran Kemasukan dan Yuran Pendaftaran tidak akan                                      dikembalikan.
          9.2.2      Yuran selain di 9.2.1 akan dikembalikan mengikut                                             penggal/semester, kecuali Yuran PIBG.
9.3    Murid yang masuk atau keluar di mana-mana hari di pertengahan             kedua bulan perlu membayar setengah daripada Yuran Pengajian               yang sepatutnya dibayar pada bulan tersebut.
9.4  Yuran Pengajian perlu dibayar setahun penuh. Sekiranya murid
        berhenti setelah tamat silibus yang sepatutnya, atau selepas
        mengambil peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan utama
        (UPSR & PT3), baki Yuran Pengajian tahun semasa perlu
        diselesaikan.

10 Bagi murid yang sakit atau cuti berpanjangan, jika ibu bapa/penjaga masih berminat untuk meneruskan persekolahan samada ditahun semasa atau seterusnya, Yuran Pengajian perlu terus dibayar. Jika
sebaliknya, mereka perlu berhenti dan mendaftar baru jika ingin kembali ke sekolah. Walau bagaimanapun, penerimaan untuk mendaftar adalah bergantung kepada kekosongan tempat belajar.
11

Yuran asrama (SMIH JB/BP)

11.1    Murid yang ada tunggakan yuran (samada yuran asrama atau                     yuran pengajian atau yuran persekolahan), tidak layak mohon                     masuk asrama.
11.2    Yuran asrama hendaklah sentiasa dibayar 3 bulan awal/kehadapan.
11.3    Bagi murid yang ingin menumpang asrama, mereka dikehendaki                 membayar terlebih dahulu yuran tumpang asrama sebelum masuk             ke asrama.
11.4    Kadar yuran tumpang asrama adalah seperti berikut (dibundarkan) :
            11.4.1 Kadar harian = Kadar bulanan / 30 hari x 1.5
            11.4.2 Kadar sebulan / tumpang asrama melebihi 15 hari = Kadar                              bulanan x 1.25 (ada peruntukkan makanan walaupun                                      telah tidak tumpang asrama dalam tempoh tersebut)
11.5.   Jika keluar asrama :
            11.5.1 Sebelum sesi persekolahan bermula :
                        11.5.1.1 Yuran Pendaftaran akan dikembalikan sepenuhnya.
            11.5.2  Setelah sesi persekolahan bermula :
                        11.5.2.1  Yuran Pendaftaran Asrama akan dikembalikan
                                        mengikut penggal/semester.
                        11.5.2.2  Yuran Asrama : Murid yang masuk atau keluar                                                  asrama di mana-mana hari di pertengahan kedua 
                                        bulan perlu membayar setengah daripada Yuran 
                                        Bulanan Asrama yang sepatutnya dibayar pada
                                        bulan tersebut. 
11.6    Murid asrama yang hendak keluar asrama selepas tamat
            peperiksaan PT3/SPPIM hendaklah membayar 50% daripada Yuran
            Asrama November dan Disember (tiada makanan disediakan). 
11.7  Jika ada tunggakan Yuran Asrama, tindakan akan diambil sama
         seperti tunggakan Yuran Pengajian, murid tidak dibenarkan tinggal
         di asrama sehingga tunggakan selesai dibayar.

12 Polisi di atas adalah tertakluk kepada perubahan yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Kemaskini: 26/11/2020