SRIHJB : SESI GURU BESAR SRIH BERSAMA MURID-MURID

0
142

Bersyukur, SMC + R dan Jaga Keselamatan Diri dan Rakan. Itulah tiga perkara yang ditekankan oleh Guru Besar, Ustazah Rohaida Ridzwan dalam sesi taklimat bersama murid-murid SRIH.

Sesi taklimat ini telah diadakan pada 27/9/2020 sehingga 1/10/2020 bagi murid-murid tahun 3-6 manakala murid tahun 2 pula pada 12/10/2020- 14/10/2020.

Bagi murid-murid tahun 1, pengisian ini dilakukan oleh Guru Mentor dalam slot Mentor Mentee pada hari Khamis 15/10/2020.

Murid-murid diingatkan supaya sentiasa bersyukur kepada Allah, berterima kasih kepada ibu bapa dan guru atas segala nikmat dan jasa yang telah dicurahkan kepada mereka.

Murid-murid juga ditekankan dengan konsep Soleh, Musleh, Cemerlang + Rahmah (SMC+R) untuk diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.

Peringatan yang ketiga adalah supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan baik ketika berada di dalam sekolah mahupun di luar kawasan sekolah.

Keselamatan diri ini juga merangkumi SOP yang perlu dipatuhi bagi menjaga diri daripada pandemik Covid-19.

Kita masih belum menang, dan kita perlu sentiasa mematuhi SOP supaya dapat menghindarkan diri kita serta orang di sekeliling kita daripada virus ini.

Semoga perkongsian dan taklimat yang diberikan oleh Guru Besar dalam slot khas bersama murid ini memberi manfaat yang besar dan berguna kepada anak murid di SRIH.

Guru-guru juga akan sentiasa mengingatkan dan menegur murid-murid berkaitan dengan SOP yang telah ditetapkan.

Disediakan oleh
Ustazah Om Wasiilah Osman
Guru Bimbingan dan Kaunseling SRIH