SRIHJB : PELANCARAN KEMPEN PERKASA LISAN SEJAHTERA

0
63

Unit Tarbiah Guru telah melancarkan Kempen Perkasa Lisan Sejahtera dalam kalangan warga pendidik SRIH pada Selasa 29 September jam 3.15 petang.

Kempen ini bertujuan menimbulkan kepekaan terhadap pembinaan biah solehah di sekolah dan memperkasa pertuturan yang baik untuk dicontohi oleh murid.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen dua bulan ini adalah Infaq Mahabbah, Kenali Guru, Pesanan di Telegram Pendidik dan Tazkirah Selasa.

Semoga kempen ini dapat menyuntik semangat guru-guru untuk terus memperkasa biah solehah dengan pertuturan yang baik dan sejahtera.

“LISAN CERMINAN PERIBADI”

Dilaporkan oleh,
Wan Rudzina Wan Mansor
Pengurus Tarbiah Guru SRIH