SMIHJB: Program Induksi Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2020/2021

0
169

Selasa, 22 September 2020 | Alhamdulilah pada hari selasa, 22 September, 29 September dan 6 Oktober 2020, program induksi telah diadakan bagi ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2020/2021. Program ini dijalankan daripada pukul 3.30 petang hingga 5.00 petang selepas tamat waktu persekolahan. Tujuan program ini diadakan ialah sebagai suatu pengenalan kepada unit Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan bimbingan cara bekerja dalam suatu organisasi bagi ahli MPP sesi 20/21.

Antara pengisian yang dijalankan ialah Tasawwur Umum MPP, Batas-Batas Ikhtilat Dalam Berorganisasi, Pengurusan Organisasi, Kemahiran penting dalam gerak kerja dan Sesi Perkongsian daripada Ustaz Baihaqi Mohd Hatta. Dengan berlangsungnya program induksi ini, diharapkan kesemua ahli MPP sesi 20/21 dapat menjalankan gerak kerja mereka dengan baik dan dapat menjalankan amanah yang telah diberikan.