SMIHJB: Nadwah Kepimpinan Pelajar “F2F Batch Altair23”

0
175

SMIHJB| Alhamdulillah, Unit Tarbiah Murid SMIH telah menganjurkan Program Nadwah Kepimpinan Pelajar Tingkatan 4 Musleh pada hari Ahad 11 Oktober mulai pukul 3.30 hingga 5.30 petang secara bersemuka.

Program ini telah disertai oleh 80 orang murid Tingkatan 4 yang terdiri daripada kepimpinan pelajar PRS, Pengawas, KRS dan pelajar yang berpotensi menjadi kepimpinan Sekolah Menengah Islam Hidayah serta 4 guru penyelaras, beberapa murabbi pelajar , Pegawai Pembangunan Insan dan Penolong Kanan PSM.

Program : NADWAH KEPIMPINAN PELAJAR Tingkatan 4
Tarikh : 11 Oktober 2020
Masa : 3.30 hingga 5.30 ptg
Tempat : Dewan Khandak
Peserta : 80 orang

Guru: 9 Orang

Program diisi dengan penyampaian tajuk 10 Muwasofat Tarbiah oleh Ust Muhammad Shaifuddin Abu Kasim.

Nadwah diselitkan dengan sesi soal jawab dan di akhiri dengan taklimat tugasan KHAS secara bersiri daripada Ust. Mohd Aiman Abdul Rahim dan perlu dihantar pd hari tersebut.

Semoga Peserta beroleh ilmu kepimpinan yang bermanfaat dan dijelmakan dengan amal yang mantap in syaa allah.
Ameen.

Jazakumullah khairan kathiran kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Nadwah ini terutama kepada Pengetua, Penolong Kanan, Pegawai Pembangunan Insan, Penyelaras Tingkatan 4, Murabbi Pelajar Tingkatan 4,Unit Pembangunan Sahsiah Murid, ibu bapa, MT Batch Altair23 dan semua murid Tingkatan 4 yang dikasihi Allah sekalian.

#smihmemimpin #smihjb2020