SMIHJB: Idad Duat (Siri 3)“Dakwah Fardiyah” Batch Zenith22

Selasa, 13 Oktober 2020 | Alhamdulillah thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah.
Unit Tarbiah Murid SMIH telah menganjurkan Program Idad Duat (Siri 3) pada hari Selasa 13 Oktober selepas habis sesi persekolahan bermula pada pukul 3.30 hingga 5.30 petang secara bersemuka yang bertempat di dewan Qadisiyah.

Program : Idad Duat (Siri 3) Tingkatan 5
Tarikh : 13 Oktober 2020 (Selasa)
Masa : 3.30 hingga 5.30 petang
Tempat : Dewan Qadisiyah
Peserta : 55/66 orang( 27 Banin, 28 Banat).
Guru : 6 orang

   Program ini telah disertai oleh 55 orang murid daripada Tingkatan 5. Seramai 10 orang murid tidak dapat hadir atas sebab yang munasabah. Penyampaiam yang bertajuk “Dakwah Fardiyah” pada sesi ke 3 program Idad Duat ini disampaikan oleh Ustaz Abdullah Mus’ab bin Mohd Aizaini. Beliau merupakan alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah dan sekarang berkhidmat di SMIH sebagai guru.

   Semoga para murid beroleh ilmu yang bermanfaat dan kefahaman yang jelas akan kepentingan dakwah fardiyah serta dijelmakan dengan amal yang mantap. In syaa Allah. Ameen.

  Jazakumullah khairan kathiran kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program idad duat siri 3 terutama kepada penceramah Ustaz Abdullah Mus’ab, Puan Pengetua, Penolong Kanan Pembangunan Sahsiah Murid, Guru Penyelaras Tingkatan 5, para ibu bapa, dan semua murid peserta Idad Duat Tingkatan 5 yang dikasihi Allah sekalian.

Ustazah Nurul Liyana Binti Baharuddin
B/p : Penyelaras Tarbiah Tingkatan5

#Zenith22 #SmihMemimpin #berilmuberamalmemimpin

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda