SMIH: BENGKEL KHAT NASAKH 1.0

Pada 30 Sept 2020 , buat julung kalinya telah diadakan Bengkel Khat Nasakh ,anjuran Kelab Khat dan Tarannum Sek Men Islam Hidayah JB. Seramai 25 orang pelajar telah menyertai bengkel ini. Peserta telah diberi bimbingan oleh Sifu Khat Negeri Johor Ust Zamri Abd Hamid. Tujuan diadakah bengkel ini ialah untuk mengasah bakat-bakat baru dalam seni Khat Islam serta mendedahkan mereka tips-tips mahir tulisan khat dan peluang besar sebagai penulis khat. Setiap Peserta juga dibekalkan dengan 1 set buku latihtubi dan panduan khat yang inovasi : tekap-tiru-tulis. Bengkel ini diharap agar dapat dijadikan sebagai satu permulaan yang baik untuk melahirkan pelajar yang mempunyai jiwa seni yang berdisiplin serta berdaya saing dalam mengharungi zaman yang serba mencabar. I. Allah akan datang pihak kelab khat akan mengadakan kelas khat secara berkala yang akan diberitahu nanti.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda